Thursday, 14 May 2015

WANITA SEORANG PEJUANG

Kerjaya atau Keluarga?

Bagai satu beban dan dilema apabila ditebak persoalan ini? Yang mana satu harus dipilih? Kedua-duanya kelihatan begitu penting bagi seorang wanita. Apa tidaknya, setelah bertungkus lumus memerah otak dari peringkat sekolah ke peringkat universiti, tetapi setelah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata seolah-olah pilihan sukar ini harus dibuat.

Namun semua ini harus ditangani dengan bijak....bagi saya kedua-duanya tak harus di lepaskan. Wanita perlu membahagi masa agar kedua-duanya seiring...

Wahai wanita,
Hari ini terbentang luas kerjaya tanpa memerlukan anda keluar bekerja dari jam 8 hingga 5 petang dan mengharungi kesesakkan sehingga anda sanggup meninggalkan anak dengan pengasuh di rumah atau taska atau di rumah nenek....

Semua ini telah saya lalui ketika kecil, akibatnya kasih lebih tertumpah kepada nenek...masakkan nenek adalah paling enak berbanding air tangan ibu. Banyak lagi yang sukar diceritakan...

Hari ini, saya menyeru wanita berkarya dari rumah, di hadapan anak-anak. Secara tidak langsung kita mampu mengasuh, memasak buat mereka..... membimbing mereka dalam pelajaran, jgn serahkan semua ini kepada guru dan tuisyen sahaja. Kita adalah guru yang terbaik buat mereka.

Pilih kerjaya secara profesional atau bukan profesional secara sambilan.... Kadangkala pendapatan kita melebihi pendapatan pekerjaan kita di pejabat.....Tak Percaya???? Mulakan dengan langkah pertama.

Saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dan cadangan anda.  .... 
Wanita, Anda Seorang Pejuang.

No comments:

Post a Comment